
Seawal umur dua tahun, anak-anak orang asli Suku Temiar ini diberi peluang belajar membaca, menulis, bermain muzik dan aktiviti rekreasi dengan pelbagai peralatan moden yang disediakan di ToyLibrary. Kami diberi peluang melihat dari dekat kehidupan kanak-kanak di ToyLibrary Kampung Orang Asli Semelor, Pulau Banding,Gerik, Perak yang dijalankan oleh yayasan EMKAY dengan kerjasama Syarikat Educate 2 Learn. ToyLibrary ini yang pertama diusahakan di kawasan Belum-Temenggor.